Saturday, January 3, 2015

Embah Tonikam Continued 2014





Kali Ini perjalanan ke Jogja agak lewat. Flight pagi sudah tiada. Cuma jam 3 ptg.. Dan jam awal pagi... Saya kesana bersama Paman Ahmad anak kedua dari Embah Tonikam dan Embah Tasral. Flight sudah ditempah dalam 2 bulan dari tarikh. Objektif kali ini adalah untuk menemukan Embah Waginem dengan Embah Tonikam. Tinggal 2 orang dari 8? adik beradik. Dan sudah 75 tahun mereka belum berjumpa. Passport sudah disiapkan terlebih dahulu. Dan tiket untuk Embah Waginem dan menantunya Paman Narso yang akan mengiringi sudah disiapkan dari Malaysia.


Kedudukan Jogjakarta, Purworejo dan Kutoarjo


Memang hajat hendak membawa Embah Tonikam ke desa kelahirannya, Desa Pekutan, Bayan, berdekatan pekan Kutoarjo. Tetapi disebabkan dianya berkerusi roda dan penglihatan yang sangat kabur, ia adalah satu cabaran besar untuk membawa dia keluar negeri.


16 Ogos 2014 Khamis
Plan asal untuk park kereta di Perhentian Bandar Tasik Selatan dan kemudian menaiki LRT train ke airport tidak menjadi, memandangkan kesulitan untuk 4 orang menaiki train dengan beg2 yang entah apa yg nak dibawa nanti. 3:15 ptg flight Air Asia tiba hampir senja di Adi Sucipto airport Jogja. Kali ini mudah melepasi imigration.. Tidak seperti ditahun 2013, yang mana saya di interview oleh pegawai dalam 15 minit. Pak Susilo menanti dengan sabar. Komunikasi dengan Pak Susilo telah dibuat seminggu sebelum berlepas.

Selepas makan di Restoran Minang, kami dihantar ke Hotel Kombokarno, di Jalan Dagen, Jogja.Hotel ini pun Pak Susilo yang buat booking sebelum kami sampai. Pak Susilo balik ke Desa ?, dan akan bawa kami ke Purworejo keesokan pagi.
Desa Brengkelan. Kotak Kuning -Lokasi rumah Embah Waginem

17 Ogos 2015 Jumaat
Selepas sarapan di hotel, kami bertolak ke Purworejo tempat tinggal Embah Waginem. Dalam jam 11pagi, kami tiba di sana, Desa Brengkelan. Desa ini terletak didalam bandar Purworejo. Ketika sampai Embah Waginem masih berniaga di pasar. kami disajikan soto sementara menunggu Embah balik. lama tak menjamah soto... last sekali semasa di Johor. beza cuma disini soto dimakan bersama dengan pegedil...

Gembira Embah dapat berjumpa Paman Ahmad, anak saudaranya.
Paman Ahmad dan Embah Waginem
First time jumpa.


Pada sebelah petang kami ke Desa Pekutan, Bayan. Rumah yg kami tuju adalah rumah Embah....., isteri kepada Arwah Amat Turyono. Sampai disana Embah.... dan Paman Subur yang duduk sekali dengan Embah  ada dirumah. Paman Narso mengikut menaiki Yamaha FZI dia, Bik Murtinah pun mengikut menaiki Innova yg kami naiki.
Sedikit demi sedikit sedulur datang. Kalau dulu saya jadi tekong, kali ini Paman yang jadi jurucakap. Kalau dulu banyak berbahasa Indon dalam perbualan.... Kali ni Paman sudah bawa bahasa Jawa halus... Ada juga yang tak difahami, sengih je le kita.








Berjumpa sedulur2 di Desa Pekutan

Ramai sedulur yang mampir

Foto kenangan di tapak rumah keluarga Munjoyo
Belah petang kami cuba menjejaki kampung Arwah Embah Tasral (suaimi Embah Tonikam) di Kampung Suchen, tidak berapa jauh dari Kutoarjo. Paman Narso dan Mbak Murtinah put turut serta. Apakan daya, jejak masih belum di dapati walaupun mendapat bantuan beberapa orang tua disitu.


Ready nak bertolak
18 Ogos 2015 Sabtu
Hari Embah Waginem dan Paman Narso berangkat ke Malaysia bersama kami. Kesian Paman Ahmad, langsung tak dapat berjalan2 ketempat wisata.. Selepas sarapan kami ke Desa Brengkelan dan berjanji akan bertolak tengahari keairport. Embah sudah siap bila kami tiba dirumahnya. Kami bertolak sebelum zohor dan tiba di Airport Adisucipto, Jogjakarta dalam 3jam. Selepas solat jamak Zohor Asar kami mundar mandir dibkawasan airport. Kawasan tidak sebesar yang sepatut nya, sebagai hub untuk ke Borobudur... Walaupun boleh tahan sibuk kalau dibandingkan Aitport Melaka....

Yelah kalau dibandingkan dengan airport di Melaka yang lengang... Ntah berapa flight dalam seminggu.
Di Airport Adi Sucipto, Jogja.
Berjalan ke pesawat

Embah Waginem, Paman Narso dan Paman Ahmad.
Baru masuk ke pesawat

Kami tiba selepas maghrib di KLIA2. Embah sedikit slow nk berjalan dari plane ke gate... Memang jauh.... Rasanya ada setengah km... Ada staff Air Asia propose sewa kerusi roda RM60. Kami setuju dan dia sendiri yang bawa embah ke parking.
Kami akan terus ke Taman Melati, rumah Paman Ahmad, Embah Tonikam memang duduk situ.. dah bertahun dah. Sampai di Taman Melati, kami makan malam dahulu. Takut mak, yang menunggu Embah semasa Paman ke Indon, masak cukup2 utk mereka berdua.
Setiba di rumah mereka berdua berpelukan... 75 tahun tak berjumpa. Embah Waginem masih kecil dimasa Embah Tonikam berhijrah ke Malaysia.
Pertama kali berjumpa selepas 75 tahun

19 Ogos 2015 Ahad
Persediaan tekah dibuat oleh Paman untuk book dewan ditingkat bawah. Semua sedara2 di minta untuk datang meraikan adik Embah yang tinggal seorang saja. Sedara2 dan putu2 diminta berkumpul untuk berdoa selamat ringkas, bersama beberapa jiran Paman.
Foto kenangan dengan putu2 di Taman Melati, KL.
20 Ogos 2015 Isnin
Hujan lebat hampir sepanjang hari. Sempat ke Taman Melawati untuk print gambar2. Dan sempat untuk berjumpa Khuzai di tempat kerja dia berhampiran.
Disebelah malam, bawa Paman Narso untuk ke menara berkembar Petronas...
Bertemu Khuzai di Taman Melawati


21 Ogos 2015 Selasa
Plan untuk ke Muar menjadi. Singgah di Kampung Londang, tempat gue tinggal... Makan tenghari dan Embah Waginem  kepingin untuk kepantai. Kami pe Pengkalan Balak sebelum bertolak ke Muo.... Dalam 2 jam sampai di Parit Sakeh (itu nama asal..  sekarang namanya Parit Sakai... cheh) di tempat rumah emak Khuzai, Bik Ilah anak Embah Tonikam, sebelah petang.

Singgah si rumah Paman Mami. Baru semalam mereka suami isteri baru balik menunaikan haji.. Nampak masih penat dan tak silap ada sikit batuk. Makan le kita buah tamar, tin, jajan Mekah dan air Zam2.
Di teratakku di Kg Londang, Melaka


Bersama Paman Tumami dan keluarga di Muar


Sebelum balik ke KL kami singgah ke Parit Pinang Seribu, isteri Arwah Siwo Darael. Anak Arwah Embah Tasral berlainana ibu. Dia salah sorang dari 3 yang dibawa dari Tanah Jawa ke Malaya. Anaknya Abang Din dan keluarga, tinggal bersama emak yang masih sihat.
Dalam perhalanan ke keluar kampung, kami juga sempat singgah rumah sedara bekas isteri Paman Ahmad.
Abang Di (anak Arwah Darael) dan family

Di Parit Pinang Seribu

22 Ogos 2015 Rabu
Flight dalam jam 8. Kami singgah makan sarapan di Jalan Raja Muda dan singgah di menara berkembar KLCC dan Dataran Merdeka untuk mengambil foto.
Di KLIA2 airport, semua berjalan lancar dan Embah Waginem bersama menantunya Paman Narso selamat naik pesawat terus ke Yojgakarta...tulisan di Indonesia.. Kami perpisah, Paman naik ERL ke KL Sentral dan terus balik kerumah. Dan sy terus drive balik Melaka.

Itulah sedikit sebanyak catatan perjalanan menemukan Embah Waginem dan Embah Waginem... ataupun Embah Waginek... panggilan di Brengkelan.

Perjalanan seterusnya masih tidak pasti. Kalau di izinkan dan punya butir2 jelas, kita akan ke Jawa sekali lagi tetapi tempat kelahiran Parji. Ayah kepada Abah Meskam. Insyaallah.





Dihadapan Airport Adi Sucipto Jogja.
Di hadapan rumah Desa Brengkelan


Bersama Paman Kayat, seng ragil
Di belakang rumah, Desa Brengkelan, Puworejo.
Desa Pekutan, Bayan.


Di rumah Arwah Amat Turyono, Desa Pekutan.



Doa selamat di Taman Melati, KL.


Hadirin di Taman Melati

Foto lama Arwah Darael




No comments:

Post a Comment