Thursday, September 8, 2016

Embah Tonikam pindah balik ke Muar 2016

Riduan dan Nazmi menurunkan embah dari tingkat 4


O
4 September 2016, dalam jam 2 petang, Embah Tonikam sampai di rumah PamanTumami (Mami) di Parit Sakai. Rizal, Riduan, Nazmi, adik Nazmi dan saya menghantar mengunakan 2 kereta. Embah, Rizal dan saya menaiki Innova saya dan yang lain menaiki Naza kepunyaan Rizal.
Embah akan duduk dibilik yang diperuntukkan untuknya semasa Paman Mami membuat rumah itu, rasanya dalam tahun 2007. Hampir 16 tahun setelah embah berpindah ke Taman Melati, KL, sekarang beliau kembali ke tempat yang dahulunya menjadi biliknya.

Embah dibawa ke kereta
Paman Mami menyambut embah setiba di Muar


Selepas lunch....

Keadaan memaksa embah berpindah balik ke Muar setelah anak yang menjaganya, Paman Ahmad, jatuh sakit. Bermula dengan sakit2 sendi, beliau dibawa oleh anaknya ke Hospital Selayang dan terus dmasukkan kedalam wad pada 31 Julai 2016, setelah didapati paru2 nya dijangkiti kuman. Dari tingkat 9 ke tingkat 10, Paman Ahmad sekarang ini( 8 September 2016) masih di wad untuk rawatan diabetic wounds, yang menyerang semasa dihospital. Jangkitan paru2nya sudah pulih selepas dalam seminggu dua di hospital.

Retak di tulang pinggul belah kanan.
Perhatikan pin socket peha dari incident tahun 2009.
Sebenarnya embah dan Paman Ahmad telah dibawa ke Hospital Selayang  pada malam 26 Julai 2016 untuk pemeriksan. Paman telah diperiksa oleh doctor dan dibenarkan pulang malam itu juga. Bagi embah pula, setelah di xray, beliau dibenarkan pulang setelah di periksa oleh pakar tulang yang mengatakan terdapat retak ditulang pinggul. Tiada apa yang dapat dibuat oleh doctor disebabkan jenis retak, tempat yang retak dan juga faktor umur. Kami sudah bersedia untuk embah masuk ke wad, dengan beberap pasang pakaian yang telah sedia dimasukkan kedalam beg. Urusan selesai dan embah sampai ke rumah sebelum terbit matahari.

Keadaan embah semasa di hospital.
Beginilah cara dia berehat dan tidur dari 26 Julai 2016 sehingga 31 Ogos 2016


Sejak balik dari hospital embah tidak boleh tidur baring, sakit punggungnya disebabkan retak tulang. Beliau akan tidur dalam duduknya sehinggakan bandannya bongkok seperti yang dikatakan oleh Nazmi yang menjaga embah sewaktu siang. Keadaan ini berlarutan sehinggalah 31 Ogos 2016 dimana anaknya Tuminah singgah untuk beberapa hari sambil menjaga embah. Embah sekarang dapat berbaring seperti sediakala dan kebongkokannya telah berkurangan.

Sekarang embah dijaga oleh Paman Mami di Parit Sakai, Muar dan diharapkan beliau gembira dapat pulang ke tanah yang diusahakan bersama suaimi beliau Embah  Tasral di tahun 1940an..

Alhamdullilah..

Monday, June 15, 2015

Embah Tonikam Patah Tangan

Embah tangan bersimen

Minggu lepas 4 Jun 2015, Paman Ahmad message Whatsapp, Embah jatuh depan bilik air. Hujung  minggu tu, jenguk jugak. Bengkak pergelangan tangan kiri. Sakit katanya. Mula rasanya terseliuh. Khamis 11 Jun 2015, emak datang utk jaga embah. Embah tidak boleh bergerak ke mana2. Tangan sebelah yang boleh gerakkan tayar kerusi roda.
Hendak ke bilik air pun bersorong..

Hari Khamis tu juga Paman sudah bawa embah ke hospital. Rupanya patah... dah kena simen lak..

Hari ni baru dapat jumpa embah.. Sibuk embah kata sakit.. Nak baik kenalah sampai hospital buka...

Nampaknya Mak berpuasa dan mungkin beraya kat KL tahun ni...

Tangan kiri yang bersimen



Tuesday, April 14, 2015

Kajii Denan dari Cangkrep

Nota Kampung Gedung Gunting
Malam 13hb April 2015 ketika sesi ngeteh di
Bandar Baru Nilai bersama Misman, Awan, Umar, Asri, Jeli dan Nasir Pon, Asri telah mengeluarkan kertas yang katanya maklumat dari Kang Sapawi. Ianya namakampung Kaji Denan di Indon. Kaji Denan adalah buyut ataupun atuk atuk kami. Kampung Gedung Gunting, Cangkrep, Purworejo. Terus sms Paman Narso di Purworejo, dan dia menyatakan ianya cuma 15 minit dari kampungnya.

Saturday, January 3, 2015

Embah Tonikam Continued 2014





Kali Ini perjalanan ke Jogja agak lewat. Flight pagi sudah tiada. Cuma jam 3 ptg.. Dan jam awal pagi... Saya kesana bersama Paman Ahmad anak kedua dari Embah Tonikam dan Embah Tasral. Flight sudah ditempah dalam 2 bulan dari tarikh. Objektif kali ini adalah untuk menemukan Embah Waginem dengan Embah Tonikam. Tinggal 2 orang dari 8? adik beradik. Dan sudah 75 tahun mereka belum berjumpa. Passport sudah disiapkan terlebih dahulu. Dan tiket untuk Embah Waginem dan menantunya Paman Narso yang akan mengiringi sudah disiapkan dari Malaysia.


Kedudukan Jogjakarta, Purworejo dan Kutoarjo


Memang hajat hendak membawa Embah Tonikam ke desa kelahirannya, Desa Pekutan, Bayan, berdekatan pekan Kutoarjo. Tetapi disebabkan dianya berkerusi roda dan penglihatan yang sangat kabur, ia adalah satu cabaran besar untuk membawa dia keluar negeri.


16 Ogos 2014 Khamis
Plan asal untuk park kereta di Perhentian Bandar Tasik Selatan dan kemudian menaiki LRT train ke airport tidak menjadi, memandangkan kesulitan untuk 4 orang menaiki train dengan beg2 yang entah apa yg nak dibawa nanti. 3:15 ptg flight Air Asia tiba hampir senja di Adi Sucipto airport Jogja. Kali ini mudah melepasi imigration.. Tidak seperti ditahun 2013, yang mana saya di interview oleh pegawai dalam 15 minit. Pak Susilo menanti dengan sabar. Komunikasi dengan Pak Susilo telah dibuat seminggu sebelum berlepas.

Selepas makan di Restoran Minang, kami dihantar ke Hotel Kombokarno, di Jalan Dagen, Jogja.Hotel ini pun Pak Susilo yang buat booking sebelum kami sampai. Pak Susilo balik ke Desa ?, dan akan bawa kami ke Purworejo keesokan pagi.
Desa Brengkelan. Kotak Kuning -Lokasi rumah Embah Waginem

17 Ogos 2015 Jumaat
Selepas sarapan di hotel, kami bertolak ke Purworejo tempat tinggal Embah Waginem. Dalam jam 11pagi, kami tiba di sana, Desa Brengkelan. Desa ini terletak didalam bandar Purworejo. Ketika sampai Embah Waginem masih berniaga di pasar. kami disajikan soto sementara menunggu Embah balik. lama tak menjamah soto... last sekali semasa di Johor. beza cuma disini soto dimakan bersama dengan pegedil...

Gembira Embah dapat berjumpa Paman Ahmad, anak saudaranya.
Paman Ahmad dan Embah Waginem
First time jumpa.


Pada sebelah petang kami ke Desa Pekutan, Bayan. Rumah yg kami tuju adalah rumah Embah....., isteri kepada Arwah Amat Turyono. Sampai disana Embah.... dan Paman Subur yang duduk sekali dengan Embah  ada dirumah. Paman Narso mengikut menaiki Yamaha FZI dia, Bik Murtinah pun mengikut menaiki Innova yg kami naiki.
Sedikit demi sedikit sedulur datang. Kalau dulu saya jadi tekong, kali ini Paman yang jadi jurucakap. Kalau dulu banyak berbahasa Indon dalam perbualan.... Kali ni Paman sudah bawa bahasa Jawa halus... Ada juga yang tak difahami, sengih je le kita.








Berjumpa sedulur2 di Desa Pekutan

Ramai sedulur yang mampir

Foto kenangan di tapak rumah keluarga Munjoyo
Belah petang kami cuba menjejaki kampung Arwah Embah Tasral (suaimi Embah Tonikam) di Kampung Suchen, tidak berapa jauh dari Kutoarjo. Paman Narso dan Mbak Murtinah put turut serta. Apakan daya, jejak masih belum di dapati walaupun mendapat bantuan beberapa orang tua disitu.


Ready nak bertolak
18 Ogos 2015 Sabtu
Hari Embah Waginem dan Paman Narso berangkat ke Malaysia bersama kami. Kesian Paman Ahmad, langsung tak dapat berjalan2 ketempat wisata.. Selepas sarapan kami ke Desa Brengkelan dan berjanji akan bertolak tengahari keairport. Embah sudah siap bila kami tiba dirumahnya. Kami bertolak sebelum zohor dan tiba di Airport Adisucipto, Jogjakarta dalam 3jam. Selepas solat jamak Zohor Asar kami mundar mandir dibkawasan airport. Kawasan tidak sebesar yang sepatut nya, sebagai hub untuk ke Borobudur... Walaupun boleh tahan sibuk kalau dibandingkan Aitport Melaka....

Yelah kalau dibandingkan dengan airport di Melaka yang lengang... Ntah berapa flight dalam seminggu.
Di Airport Adi Sucipto, Jogja.
Berjalan ke pesawat

Embah Waginem, Paman Narso dan Paman Ahmad.
Baru masuk ke pesawat

Kami tiba selepas maghrib di KLIA2. Embah sedikit slow nk berjalan dari plane ke gate... Memang jauh.... Rasanya ada setengah km... Ada staff Air Asia propose sewa kerusi roda RM60. Kami setuju dan dia sendiri yang bawa embah ke parking.
Kami akan terus ke Taman Melati, rumah Paman Ahmad, Embah Tonikam memang duduk situ.. dah bertahun dah. Sampai di Taman Melati, kami makan malam dahulu. Takut mak, yang menunggu Embah semasa Paman ke Indon, masak cukup2 utk mereka berdua.
Setiba di rumah mereka berdua berpelukan... 75 tahun tak berjumpa. Embah Waginem masih kecil dimasa Embah Tonikam berhijrah ke Malaysia.
Pertama kali berjumpa selepas 75 tahun

19 Ogos 2015 Ahad
Persediaan tekah dibuat oleh Paman untuk book dewan ditingkat bawah. Semua sedara2 di minta untuk datang meraikan adik Embah yang tinggal seorang saja. Sedara2 dan putu2 diminta berkumpul untuk berdoa selamat ringkas, bersama beberapa jiran Paman.
Foto kenangan dengan putu2 di Taman Melati, KL.
20 Ogos 2015 Isnin
Hujan lebat hampir sepanjang hari. Sempat ke Taman Melawati untuk print gambar2. Dan sempat untuk berjumpa Khuzai di tempat kerja dia berhampiran.
Disebelah malam, bawa Paman Narso untuk ke menara berkembar Petronas...
Bertemu Khuzai di Taman Melawati


21 Ogos 2015 Selasa
Plan untuk ke Muar menjadi. Singgah di Kampung Londang, tempat gue tinggal... Makan tenghari dan Embah Waginem  kepingin untuk kepantai. Kami pe Pengkalan Balak sebelum bertolak ke Muo.... Dalam 2 jam sampai di Parit Sakeh (itu nama asal..  sekarang namanya Parit Sakai... cheh) di tempat rumah emak Khuzai, Bik Ilah anak Embah Tonikam, sebelah petang.

Singgah si rumah Paman Mami. Baru semalam mereka suami isteri baru balik menunaikan haji.. Nampak masih penat dan tak silap ada sikit batuk. Makan le kita buah tamar, tin, jajan Mekah dan air Zam2.
Di teratakku di Kg Londang, Melaka


Bersama Paman Tumami dan keluarga di Muar


Sebelum balik ke KL kami singgah ke Parit Pinang Seribu, isteri Arwah Siwo Darael. Anak Arwah Embah Tasral berlainana ibu. Dia salah sorang dari 3 yang dibawa dari Tanah Jawa ke Malaya. Anaknya Abang Din dan keluarga, tinggal bersama emak yang masih sihat.
Dalam perhalanan ke keluar kampung, kami juga sempat singgah rumah sedara bekas isteri Paman Ahmad.
Abang Di (anak Arwah Darael) dan family

Di Parit Pinang Seribu

22 Ogos 2015 Rabu
Flight dalam jam 8. Kami singgah makan sarapan di Jalan Raja Muda dan singgah di menara berkembar KLCC dan Dataran Merdeka untuk mengambil foto.
Di KLIA2 airport, semua berjalan lancar dan Embah Waginem bersama menantunya Paman Narso selamat naik pesawat terus ke Yojgakarta...tulisan di Indonesia.. Kami perpisah, Paman naik ERL ke KL Sentral dan terus balik kerumah. Dan sy terus drive balik Melaka.

Itulah sedikit sebanyak catatan perjalanan menemukan Embah Waginem dan Embah Waginem... ataupun Embah Waginek... panggilan di Brengkelan.

Perjalanan seterusnya masih tidak pasti. Kalau di izinkan dan punya butir2 jelas, kita akan ke Jawa sekali lagi tetapi tempat kelahiran Parji. Ayah kepada Abah Meskam. Insyaallah.





Dihadapan Airport Adi Sucipto Jogja.
Di hadapan rumah Desa Brengkelan


Bersama Paman Kayat, seng ragil
Di belakang rumah, Desa Brengkelan, Puworejo.
Desa Pekutan, Bayan.


Di rumah Arwah Amat Turyono, Desa Pekutan.



Doa selamat di Taman Melati, KL.


Hadirin di Taman Melati

Foto lama Arwah Darael




Friday, April 26, 2013

Embah Tonikam 2013 Part 2/2


Update 26/04/2013
22/04/2013: Dengan Razin, bertolak 6am dari rumah untuk ambil Yahaya dari rumahnya di Kerubong Perdana. Pada Yahaya, Jogjakarta adalah mudah baginya. dia pernah pergi kesana seorang, tanpa sebarang tempahan hotel... dia juga ada kenalan Susilo yang boleh membawa kemana sahaja. Tiket promo Air Asia RM200 seorang pergi balik memang berbaloi. Now that everybody can fly..... walaupun penerbangan tertangguh lebih sejam.
Di Adi Sucipto Airport

Lebihkurang jam 4ptg sampai ke Airport Adi Sucipto, Jogjakarta. Ntah macamana, saya di pilih untuk di check details oleh pegawai di airport. Interview dan body search.... mungkin dia nampak beg saya yang jenis military. Seteleh selesai, Pak Susilo terus membawa ke restoran Minang. Selepas makan kami meminta untuk dibawa ke masjid bawah tanah/Kraton sebelum ke hotel. Kami disana selama 2 jam sebelum ke Malioboro(mcm Bkt Bintang utk KL) untuk mencari hotel. Kami menginap di Hotel Kombokarno, di Jalan Dagen. Rp300K(RM1=Rp3,100) semalam untuk 3 orang sebilik dengan sarapan free. Dikira murah, kalau diambil kira lokasi yang berdekatan Malioboro.
Hotel Kombokarno, Jalan Dagen

23/04/2013: Jam 6pg sudah ready untuk ke Kg Pekutan, Kutoarjo. mana tak nya waktu Subuh 4:30pg. Dalam 10pg kami tiba di Desa Pekutan. entah berapa kali pergi balik jalan yg sama kerana tak ada siapa yang tahu nama Amat Turyono. Sistem alamat berdasarkan Rukun Tetangga sangat teratur. Ada list nama penduduk lagi di ketua kampung. Akhirnya dengan bantuan ketua kampung(Pak Lurah) kami dibawa ke rumah Amat Turyono(Turiman).

Kami berjumpa dengan isteri Amat Turyono,  Embah Legiah dan anaknya Subur dirumah mereka. Dihadapan rumah merekalah tapak rumah Embah Ununjoyo (Munjoyo). Sedikit demi sedikit
sedulur-sedulur datang bila mendapat tahu ada sedulur dari Malaysia datang. Kami cuma dapat berjumpa waris2 Abdullah Samuri(Jemiron) dan waris2 Amat Turyono. Hampir semua nama yang Embah Tonikam beritahu adalah berbeza dengan nama sekarang. Nama panggilan mereka berlainan dengan nama sebenar.

Bersama keluarga di Desa Pekutan
Kami juga diberitahu surat yang saya hantar 2 tahun yang lalu rupanya sampai, cuma tiada siapa yang dapat membalas. Dan kenalan melalui internet (Joko Sumarno) adalah anak saudara kepada Bibik Rubinah, salah seorang anak kepada Amat Turyono melalui perkahwinan dengan bapa saudara Joko.

Kami diberitahu adik-beradik Embah Tonikam semuanya sudah meninggal kecuali yang bongsu, Embah Waginek(Waginem). Dia tinggal di pekan Puworejo. Setelah menjamu selera yang berdasarkan tempe, tahu, mee dan nasi...mmmm sedap sungguh... kami berangkat ke Puworejo.

Daku bersama Embah Waginek(Waginem)
Di Puworejo, di Jalan Veteran bersebelahan Bank Jateng, terdapat lorong menuju rumah Embah Waginek. 2 cucu sudah menunggu dan terus membawa kerumah Embah dan berjumpa dengan menantunya Bibik Arni, . Embah tiada dirumah. Dicadangkan untuk ke pasar "kongsi" dimana tempat dia berniaga.
Bibik Arni dan anaknya
Diiringi oleh Bibik Arni untuk menunjuk jalan, kami dapat berjumpa Embah Waginek dalam jam 12 tghari.
Tampak sihat, dan aktif. Kami di layan sambil minum petang bersama anaknya Bibik Murtinah. Setelah dalam sejam kami bersembang, kami tinggalkan photocopy gambar Embah Tonikam dengan Embah Waginek dan terus balik ke Jogjakarta.

Kami sampai ke Jogjakarta 30 minit sebelum maghrib. Singgah di Sleman, Jogjakarta untuk Pak Yahaya berubat tradisional. Kembali ke hotel dan terus berjalan kaki keMalioboro untuk membeli oleh-oleh.

24/04/2013: Selepas sarapan, kami check out. Dibawa ke timur Jogjakarta ke Kotagede. Masjid tertua di bandar Jogja destinasi kami. Kami melawat masjid... yang di bangunkan oleh kerajaam Mataram (kerajaan selepas Majapahit). Kami dapat melawat sekitar makam yang bersebelahan masjid. Makam ditutup pada hari itu. Kami singgah di kedai basikal Rodalink dan kedai cenderahati sebelum ke airport. Flight jam 12:40pm dan tiba di LCCT jam 4:30pm. Flight mengambil masa 3 jam dan pertukaran zone masa +1jam.
Bibik Murtinah

Terus balik ..... Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknoloji Hijau.....  moto yang dipakai di semua majlis rasmi kerajaan.

Misi seterusnya? Waris Embah Tasral dari Desa Suchen, tidak jauh dari Desa Pekutan. Tapi buat masa ini kena deraf salasilah keluarga Embah Ununjoyo.
















Tuesday, February 12, 2013

Projek Rono Korso

Dah lama nak start...dan dah beberapa kali dicatitkan diatas kertas... ntah kemana pergi itu kertas...

kat bawah ni saya derafkan Rono Korso salasilah.... minta komen utk saya besarkan rangkaian nya...

Kalau nak tgk lebih besar... right click kt sini , save as .. kat tempat lain dan view utk lagi clear.


Tuesday, July 12, 2011

Embah Tonikam 2013 Part 1/2

Embah Tonikam: Nama sebetulnya Tonikam Munjoyo. (Dalam alamat adiknya mengatakan Ununjoyo) Adik beradiknya 9 orang, yang mana beliau adalah yang ke 4. Ini yang dia ingat baru-baru ( 14 July 2011).

Nama: Tonikam Munjoyo
Bapa: Munjoyo
Ibu: Painem
Adik Beradik:
  1. Jemiron, 
  2. Seno
  3. Keminem (datang ke Tanah Melayu dan sudah meninggal)
  4. Tonikem (Subject)
  5. Turiman
  6. Saiman
  7. Waginem
  8. Kartinem
     Kampung asal adalah Kampung Kutan (Pekutan) dari bandar Purworejo. Dari perbualannya, Embah Tasral yang sekampung dengannya adalah sepupu kepada Embah Kliman. Dan isteri Embah Dol (Parit Amat) itu adalah adik beradik dengan emakya Embah Tonikam. Kira bibiknya Embah Tonikam.




    Bersama cicit-cicit pada 4 Jun 2008 di Felda Purun, Pahang (rumah anaknya Tuminah)

    Dizaman perang dalam awal 1940an, Embah Tasral berangkat pergi ke Tanah Melayu bersama Rian(saudara), Embah Tonikam, anaknya -Jamal dan Seri (anak-anak kepada isteri pertama Embah Tasral). Seri ketika itu masih berdokong lagi. Darael(seorang lagi anak Embah Tasral dengan isteri pertama) ditinggal dan kemudiannya dibawa oleh Santer yang ketika itu balik ke Tanah Jawa. Penghijrahan mereka menelan belanja 5 ekar tanah yang dijual untuk perbelanjaan perjalanan itu.

    Dari Pekutan mereka menaiki kereta kuda(dukan)  untuk ke Kutoarjo dan keretapi ke Purworejo, dan terus ke Betawi(Jakarta) untuk ke Sigapura dan ke Tanah Melayu seterusnya.

    Setelah berpisah dengan isteri pertama, Embah Tasral yang mempunyai 4 anak berkahwin dengan Embah Tonikam. Anak yang keempat, Seriana, tidak dapat dibawa kerana telah dibawa oleh mertua Embah Tasral balik ke kampung bekas isterinya (Kampung Suchen).


    Kedua mereka tinggal bersama Embah Dol di Parit Amat sehingga anak pertama (Tuminah) lahir.
    Anak anak Embah Tonikam dan Embah Tasral;
    1. Jamal (dgn isteri pertama)
    2. Darael (dgn isteri pertama)
    3. Seri (dgn isteri pertama)
    4. Tuminah
    5. Ahmad (Kalimi)
    6. Mawardi 
    7. Ahmad Tumami
    8. Mujirah
    9. Ilah
    10. Bonyamin (Kassim)
      Cerita berpindah dari Parit Amat ke Bukit Pasir. Bercucuk tanam, bertanam padi disana dengan bersaing dengan babi-babi yang selalu merosakan tanaman. Disini Mujirah dilahirkan. Dan seterusnya ke Parit Sakai menumpang di tanah seorang Cina. Setelah itu berpindah kerumah lain dengan menupang di tanah Hj Rahman dan dengan pertolongan Siron yang membantu dalam pemberian bahan rumah. Dan seterusnya membeli tanah ditapak sekarang, di Kampung Parat Sakai (aka Pt Sakeh bagi orang Jawa)..

      2007.beliau meminta untuk tinggal dirumah anak-anaknya. Bermula dari rumah anaknya Ilah tidak jauh dari rumah, lebihkurang 1 km. Setelah itu beliau berpindah ke ruman anakya yang di Felda Purun, Bera, Pahang (rumah Tuminah).
      Pada lebihkurang tahun 2009 (di Muar) beliau yang tidak berapa nampak, dengan keadaan sendi pangkal peha yang selalu sakit, telah jatuh ketika hendak bergerak dari kerusi roda ke katil. Terlantar beliau selama 2 minggu(tak ingat) dek kerana patah peha, sebelum di bedah.

      Setelah beberapa lama balik dari pembedahan, beliau berpindah ke rumah anak yang di Kuala Lumpur (rumah Ahmad) sehingga 3 minggu lepas beliau kerumah cucunya (Hawa) di Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Setelah 3 minggu beliau Rawang, tiba-tiba dua tiga hari yang lepas keadaannya meracau-racau. Dan semalam (12 July 2011) beliau telah berpindah kembali ke rumah anaknya, Ahmad, di Kuala Lumpur.

      Ditemui tadi (14 July 2011) beliau sihat dan ceria seperti biasa. Cerita diatas diulanginya sekali lagi tadi. Dari perbualan dengan Paman Ahmad, dibawah ini saya catatkan alamat diberi kepadanya oleh waris yang ketika itu datang ke Malaysia untu bekerja(lebih 10 tahun yang lalu).

      Amat Turyono/Turiman Bin Ununjoyo
      Pekutan RT/RW I/II, Purworejo,
      Jawa Tengah KEDU,
      Indonesia.

      Update 29/07/2012
      Semalam jumpa embah di KL tempat Paman Ahmad. sejam setengah kat situ. nampak rindu dia... ubat glucosamine pun dah habis. nasib baik ada bawa stok untuk dia... nampak happy.

      bercakap hampir sejam dari jam 3ptg... tanya kampung kat Jawa. ingat2 lupa. tanya kampung yang dekat2 dengan Kampung Kutan. Fakta kat bawah dia yang cakap... saya nak confirm betul ke Pekutan kat googlemap tu Kg Kutan yang dia selalu cerita.
       - Jelakah - tempat tanam ubi
       - kalau dari Beringin nak ke Kutoarjo, kena melalui Bayan.
       - dari Kutan nak ke Kutoarjo, kena lalu Besola dan Bandung.
      (Jelakah, Bayan, Besola, Bandung - semua ini memang confirm kampung2 yang bersebelahan tu.... Kutan itu adalah Pekutan.


      Photo dan video semasa perjumpaan









      No.Kode POS
      Desa, Kelurahan  
      Kecamatan, Distrik  
      DT2 Kota, Kabupaten  
      Provinsi  
      DT2
      Kota, Kabupaten  
      154224PekutanBayanKab.PurworejoJawa Tengah


      Rasa alamat sekarang ni..
      Amat Turyono Bin Turiman Ununjoyo (dibetulkan 26/4/2013)
      Pekutan RT/RW I/II, Bayan,
      Purworejo,
      54224 Jawa Tengah,
      Indonesia..