O
4 September 2016, dalam jam 2 petang, Embah Tonikam sampai di rumah PamanTumami (Mami) di Parit Sakai. Rizal, Riduan, Nazmi, adik Nazmi dan saya menghantar mengunakan 2 kereta. Embah, Rizal dan saya menaiki Innova saya dan yang lain menaiki Naza kepunyaan Rizal.
Embah akan duduk dibilik yang diperuntukkan untuknya semasa Paman Mami membuat rumah itu, rasanya dalam tahun 2007. Hampir 16 tahun setelah embah berpindah ke Taman Melati, KL, sekarang beliau kembali ke tempat yang dahulunya menjadi biliknya.
![]() |
| Selepas lunch.... |
Keadaan memaksa embah berpindah balik ke Muar setelah anak yang menjaganya, Paman Ahmad, jatuh sakit. Bermula dengan sakit2 sendi, beliau dibawa oleh anaknya ke Hospital Selayang dan terus dmasukkan kedalam wad pada 31 Julai 2016, setelah didapati paru2 nya dijangkiti kuman. Dari tingkat 9 ke tingkat 10, Paman Ahmad sekarang ini( 8 September 2016) masih di wad untuk rawatan diabetic wounds, yang menyerang semasa dihospital. Jangkitan paru2nya sudah pulih selepas dalam seminggu dua di hospital.
![]() |
| Retak di tulang pinggul belah kanan. Perhatikan pin socket peha dari incident tahun 2009. |
![]() |
| Keadaan embah semasa di hospital. Beginilah cara dia berehat dan tidur dari 26 Julai 2016 sehingga 31 Ogos 2016 |
Sejak balik dari hospital embah tidak boleh tidur baring, sakit punggungnya disebabkan retak tulang. Beliau akan tidur dalam duduknya sehinggakan bandannya bongkok seperti yang dikatakan oleh Nazmi yang menjaga embah sewaktu siang. Keadaan ini berlarutan sehinggalah 31 Ogos 2016 dimana anaknya Tuminah singgah untuk beberapa hari sambil menjaga embah. Embah sekarang dapat berbaring seperti sediakala dan kebongkokannya telah berkurangan.
Sekarang embah dijaga oleh Paman Mami di Parit Sakai, Muar dan diharapkan beliau gembira dapat pulang ke tanah yang diusahakan bersama suaimi beliau Embah Tasral di tahun 1940an..
Alhamdullilah..





