Friday, April 26, 2013

Embah Tonikam 2013 Part 2/2


Update 26/04/2013
22/04/2013: Dengan Razin, bertolak 6am dari rumah untuk ambil Yahaya dari rumahnya di Kerubong Perdana. Pada Yahaya, Jogjakarta adalah mudah baginya. dia pernah pergi kesana seorang, tanpa sebarang tempahan hotel... dia juga ada kenalan Susilo yang boleh membawa kemana sahaja. Tiket promo Air Asia RM200 seorang pergi balik memang berbaloi. Now that everybody can fly..... walaupun penerbangan tertangguh lebih sejam.
Di Adi Sucipto Airport

Lebihkurang jam 4ptg sampai ke Airport Adi Sucipto, Jogjakarta. Ntah macamana, saya di pilih untuk di check details oleh pegawai di airport. Interview dan body search.... mungkin dia nampak beg saya yang jenis military. Seteleh selesai, Pak Susilo terus membawa ke restoran Minang. Selepas makan kami meminta untuk dibawa ke masjid bawah tanah/Kraton sebelum ke hotel. Kami disana selama 2 jam sebelum ke Malioboro(mcm Bkt Bintang utk KL) untuk mencari hotel. Kami menginap di Hotel Kombokarno, di Jalan Dagen. Rp300K(RM1=Rp3,100) semalam untuk 3 orang sebilik dengan sarapan free. Dikira murah, kalau diambil kira lokasi yang berdekatan Malioboro.
Hotel Kombokarno, Jalan Dagen

23/04/2013: Jam 6pg sudah ready untuk ke Kg Pekutan, Kutoarjo. mana tak nya waktu Subuh 4:30pg. Dalam 10pg kami tiba di Desa Pekutan. entah berapa kali pergi balik jalan yg sama kerana tak ada siapa yang tahu nama Amat Turyono. Sistem alamat berdasarkan Rukun Tetangga sangat teratur. Ada list nama penduduk lagi di ketua kampung. Akhirnya dengan bantuan ketua kampung(Pak Lurah) kami dibawa ke rumah Amat Turyono(Turiman).

Kami berjumpa dengan isteri Amat Turyono,  Embah Legiah dan anaknya Subur dirumah mereka. Dihadapan rumah merekalah tapak rumah Embah Ununjoyo (Munjoyo). Sedikit demi sedikit
sedulur-sedulur datang bila mendapat tahu ada sedulur dari Malaysia datang. Kami cuma dapat berjumpa waris2 Abdullah Samuri(Jemiron) dan waris2 Amat Turyono. Hampir semua nama yang Embah Tonikam beritahu adalah berbeza dengan nama sekarang. Nama panggilan mereka berlainan dengan nama sebenar.

Bersama keluarga di Desa Pekutan
Kami juga diberitahu surat yang saya hantar 2 tahun yang lalu rupanya sampai, cuma tiada siapa yang dapat membalas. Dan kenalan melalui internet (Joko Sumarno) adalah anak saudara kepada Bibik Rubinah, salah seorang anak kepada Amat Turyono melalui perkahwinan dengan bapa saudara Joko.

Kami diberitahu adik-beradik Embah Tonikam semuanya sudah meninggal kecuali yang bongsu, Embah Waginek(Waginem). Dia tinggal di pekan Puworejo. Setelah menjamu selera yang berdasarkan tempe, tahu, mee dan nasi...mmmm sedap sungguh... kami berangkat ke Puworejo.

Daku bersama Embah Waginek(Waginem)
Di Puworejo, di Jalan Veteran bersebelahan Bank Jateng, terdapat lorong menuju rumah Embah Waginek. 2 cucu sudah menunggu dan terus membawa kerumah Embah dan berjumpa dengan menantunya Bibik Arni, . Embah tiada dirumah. Dicadangkan untuk ke pasar "kongsi" dimana tempat dia berniaga.
Bibik Arni dan anaknya
Diiringi oleh Bibik Arni untuk menunjuk jalan, kami dapat berjumpa Embah Waginek dalam jam 12 tghari.
Tampak sihat, dan aktif. Kami di layan sambil minum petang bersama anaknya Bibik Murtinah. Setelah dalam sejam kami bersembang, kami tinggalkan photocopy gambar Embah Tonikam dengan Embah Waginek dan terus balik ke Jogjakarta.

Kami sampai ke Jogjakarta 30 minit sebelum maghrib. Singgah di Sleman, Jogjakarta untuk Pak Yahaya berubat tradisional. Kembali ke hotel dan terus berjalan kaki keMalioboro untuk membeli oleh-oleh.

24/04/2013: Selepas sarapan, kami check out. Dibawa ke timur Jogjakarta ke Kotagede. Masjid tertua di bandar Jogja destinasi kami. Kami melawat masjid... yang di bangunkan oleh kerajaam Mataram (kerajaan selepas Majapahit). Kami dapat melawat sekitar makam yang bersebelahan masjid. Makam ditutup pada hari itu. Kami singgah di kedai basikal Rodalink dan kedai cenderahati sebelum ke airport. Flight jam 12:40pm dan tiba di LCCT jam 4:30pm. Flight mengambil masa 3 jam dan pertukaran zone masa +1jam.
Bibik Murtinah

Terus balik ..... Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknoloji Hijau.....  moto yang dipakai di semua majlis rasmi kerajaan.

Misi seterusnya? Waris Embah Tasral dari Desa Suchen, tidak jauh dari Desa Pekutan. Tapi buat masa ini kena deraf salasilah keluarga Embah Ununjoyo.