Nama: Tonikam Munjoyo
Bapa: Munjoyo
Ibu: Painem
Adik Beradik:
- Jemiron,
- Seno
- Keminem (datang ke Tanah Melayu dan sudah meninggal)
- Tonikem (Subject)
- Turiman
- Saiman
- Waginem
- Kartinem
Kampung asal adalah Kampung Kutan (Pekutan) dari bandar Purworejo. Dari perbualannya, Embah Tasral yang sekampung dengannya adalah sepupu kepada Embah Kliman. Dan isteri Embah Dol (Parit Amat) itu adalah adik beradik dengan emakya Embah Tonikam. Kira bibiknya Embah Tonikam.
Bersama cicit-cicit pada 4 Jun 2008 di Felda Purun, Pahang (rumah anaknya Tuminah)

Dizaman perang dalam awal 1940an, Embah Tasral berangkat pergi ke Tanah Melayu bersama Rian(saudara), Embah Tonikam, anaknya -Jamal dan Seri (anak-anak kepada isteri pertama Embah Tasral). Seri ketika itu masih berdokong lagi. Darael(seorang lagi anak Embah Tasral dengan isteri pertama) ditinggal dan kemudiannya dibawa oleh Santer yang ketika itu balik ke Tanah Jawa. Penghijrahan mereka menelan belanja 5 ekar tanah yang dijual untuk perbelanjaan perjalanan itu.
Dari Pekutan mereka menaiki kereta kuda(dukan) untuk ke Kutoarjo dan keretapi ke Purworejo, dan terus ke Betawi(Jakarta) untuk ke Sigapura dan ke Tanah Melayu seterusnya.
Setelah berpisah dengan isteri pertama, Embah Tasral yang mempunyai 4 anak berkahwin dengan Embah Tonikam. Anak yang keempat, Seriana, tidak dapat dibawa kerana telah dibawa oleh mertua Embah Tasral balik ke kampung bekas isterinya (Kampung Suchen).
Kedua mereka tinggal bersama Embah Dol di Parit Amat sehingga anak pertama (Tuminah) lahir.

Anak anak Embah Tonikam dan Embah Tasral;
- Jamal (dgn isteri pertama)
- Darael (dgn isteri pertama)
- Seri (dgn isteri pertama)
- Tuminah
- Ahmad (Kalimi)
- Mawardi
- Ahmad Tumami
- Mujirah
- Ilah
- Bonyamin (Kassim)
Cerita berpindah dari Parit Amat ke Bukit Pasir. Bercucuk tanam, bertanam padi disana dengan bersaing dengan babi-babi yang selalu merosakan tanaman. Disini Mujirah dilahirkan. Dan seterusnya ke Parit Sakai menumpang di tanah seorang Cina. Setelah itu berpindah kerumah lain dengan menupang di tanah Hj Rahman dan dengan pertolongan Siron yang membantu dalam pemberian bahan rumah. Dan seterusnya membeli tanah ditapak sekarang, di Kampung Parat Sakai (aka Pt Sakeh bagi orang Jawa)..
2007.beliau meminta untuk tinggal dirumah anak-anaknya. Bermula dari rumah anaknya Ilah tidak jauh dari rumah, lebihkurang 1 km. Setelah itu beliau berpindah ke ruman anakya yang di Felda Purun, Bera, Pahang (rumah Tuminah).
Pada lebihkurang tahun 2009 (di Muar) beliau yang tidak berapa nampak, dengan keadaan sendi pangkal peha yang selalu sakit, telah jatuh ketika hendak bergerak dari kerusi roda ke katil. Terlantar beliau selama 2 minggu(tak ingat) dek kerana patah peha, sebelum di bedah.
Setelah beberapa lama balik dari pembedahan, beliau berpindah ke rumah anak yang di Kuala Lumpur (rumah Ahmad) sehingga 3 minggu lepas beliau kerumah cucunya (Hawa) di Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Setelah 3 minggu beliau Rawang, tiba-tiba dua tiga hari yang lepas keadaannya meracau-racau. Dan semalam (12 July 2011) beliau telah berpindah kembali ke rumah anaknya, Ahmad, di Kuala Lumpur.
Ditemui tadi (14 July 2011) beliau sihat dan ceria seperti biasa. Cerita diatas diulanginya sekali lagi tadi. Dari perbualan dengan Paman Ahmad, dibawah ini saya catatkan alamat diberi kepadanya oleh waris yang ketika itu datang ke Malaysia untu bekerja(lebih 10 tahun yang lalu).
Amat Turyono/Turiman Bin Ununjoyo
Pekutan RT/RW I/II, Purworejo,
Jawa Tengah KEDU,
Indonesia.
Update 29/07/2012
Semalam jumpa embah di KL tempat Paman Ahmad. sejam setengah kat situ. nampak rindu dia... ubat glucosamine pun dah habis. nasib baik ada bawa stok untuk dia... nampak happy.
bercakap hampir sejam dari jam 3ptg... tanya kampung kat Jawa. ingat2 lupa. tanya kampung yang dekat2 dengan Kampung Kutan. Fakta kat bawah dia yang cakap... saya nak confirm betul ke Pekutan kat googlemap tu Kg Kutan yang dia selalu cerita.
- Jelakah - tempat tanam ubi
- kalau dari Beringin nak ke Kutoarjo, kena melalui Bayan.
- dari Kutan nak ke Kutoarjo, kena lalu Besola dan Bandung.
(Jelakah, Bayan, Besola, Bandung - semua ini memang confirm kampung2 yang bersebelahan tu.... Kutan itu adalah Pekutan.

Photo dan video semasa perjumpaan
| No. | Kode POS
|
|
|
|
| ||||||||||
|
| ||||||||||||||
| 1 | 54224 | Pekutan | Bayan | Kab. | Purworejo | Jawa Tengah | |||||||||
Rasa alamat sekarang ni..
Amat Turyono Bin Turiman Ununjoyo (dibetulkan 26/4/2013)
Pekutan RT/RW I/II, Bayan,
Purworejo,
54224 Jawa Tengah,
Indonesia..